Wednesday 25 January 2012

Coretan Pembukaan

Assalammualaikum, dan salam Sejahtera,


Syukur ke hadrat illahi dengan kurnia dan rahmatnya, dapat kami, remaja-remaja CHOWKIT meluahkan interpretasi jiwa kami kepada masyarakat umum yang berada diluar sana. Umum mengetahui akan keadaan ChowKit yang tidak tamat-tamat dengan kisah tragis masyarakat dalaman yang saban tahun mencatat rekod kesalahan jenayah, sehingga sesetengah masyarakat yang celopar mulutnya mengklafikasikan kami LEMBAH DURJANA!, sehingga mereka lupa bukan semua yg ada disini buat jenayah!


Teater "LORONG The Musical" yang bakal dipentaskan kelak, bakal memaparkan sikap tragis masyarakat Malaysia yang rupa-rupanya menjadi punca kepada kemelut negara yang penat lelah memerang gejala yang membelenggu negara yang ingin mencapai status negara maju 2020 tidak lama sahaja lagi.


Nantikannya, daripada kami. =D


SEKIAN,




J.S AWAL.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...