Monday 26 December 2011

Perlaksanaan


Teater Musikal L.O.R.O.N.G akan menggunakan sepenuhnya idea kreatif anak-anak yang tinggal di Chow Kit yang sememangnya berbakat dalam arena seni. Pihak KLKP akan memilih remaja yang bakal menerajui krew produksi ‘junior’ dan krew ini akan dibimbing oleh krew produksi professional yang dipilih oleh pihak KLKP kelak.

Krew Professional akan melatih sendiri remaja-remaja yang dipilih untuk krew produksi ‘junior’ daripada asas perjalanan teater musikal hingga ke hari pementasan dan setiap idea yang dikemukakan oleh remaja akan diterima mahupun diolah oleh pihak professional.

Ini bermakna Teater Musikal L.O.R.O.N.G berkenaan akan dipentaskan dengan tenaga kerja dan idea kreatif remaja Chow Kit sendiri. Idea yang ditampilkan kelak mampu menghasilkan daya saing kreatif antara teater musikal yang lain.

Tambahan pula, curahan ilmu yang disampaikan oleh pihak professional diharap boleh membuka mata mereka untuk menceburi bidang teater musikal mahupun seni pentas yang semakin mendapat tempat dihati masyarakat Malaysia kini.

Pemilihan Pelakon dan Krew Produksi telah dijalankan (LAMPIRAN 2, minit Mesyuarat 1). Pihak KLKP telah pun memilih  orang remaja untuk menyertai Teater Musikal L.O.R.O.N.G yang akan dipentaskan pertengahan tahun 2012. Senarai Pelakon dan Krew Produksi (LAMPIRAN 3, Senarai Pelakon dan Krew Produksi)

Pihak Projek Sejuta Impian KL Krash Pad telah pun membina sebuah halaman di Laman Web Facebook dengan nama alamat : www.facebook.com/lorongthemusical sebagai hebahan awal kepada umum berkenaan Projek Teater Musikal L.O.R.O.N.G yang bakal dipentaskan kelak.

Sejurus pembikinan dan pengurusan jadual latihan siap sepenuhnya, pihak kami akan mengadakan lebih banyak hebahan media massa untuk mengwar-warkan perihal Teater Musikal L.O.R.O.N.G




CHOW KIT

Chow Kit kawasan ganas? kejam? tidak berperikemanusiaan? dan banyak kes jenayah? TIDAK bagi anda tinggal di kawasan sebegini rupa?. Tetapi itu TIDAK bagi kami!Impian kami ialah untuk berkongsi kepada masyarakat umum perihal kawasan Chow Kit yang pada mereka sudah MATI ini.

Kami berada dibawah naugan KL Krash Pad yang juga berada dibawah seliaan Yayasan Chow Kit. KL Krash Pad ialah sebuah 'drop in centre' untuk remaja-remaja disekitar Chow Kit serta ibukota Kuala Lumpur.

Menerusi SEJUTA IMPIAN (terima kasih banyak-banyak!!) kami akan tampil dengan sebuah Teater Musikal bertajuk L.O.R.O.N.G The Musical yang diterajui 100 peratus oleh REMAJA KL KRASH PAD yang bakal menerima tunjuk ajar daripada KREW PROFESIONAL! Teater Musikal ini bakal menemui anda pertengahan 2012. NANTIKANNYA!!


Teater Musikal L.O.R.O.N.G akan menggunakan sepenuhnya idea kreatif anak-anak yang tinggal di Chow Kit yang sememangnya berbakat dalam arena seni. Pihak KLKP akan memilih remaja yang bakal menerajui krew produksi ‘junior’ dan krew ini akan dibimbing oleh krew produksi professional yang dipilih oleh pihak KLKP kelak.

Krew Professional akan melatih sendiri remaja-remaja yang dipilih untuk krew produksi ‘junior’ daripada asas perjalanan teater musikal hingga ke hari pementasan dan setiap idea yang dikemukakan oleh remaja akan diterima mahupun diolah oleh pihak professional.

Ini bermakna Teater Musikal L.O.R.O.N.G berkenaan akan dipentaskan dengan tenaga kerja dan idea kreatif remaja Chow Kit sendiri. Idea yang ditampilkan kelak mampu menghasilkan daya saing kreatif antara teater musikal yang lain.

Tambahan pula, curahan ilmu yang disampaikan oleh pihak professional diharap boleh membuka mata mereka untuk menceburi bidang teater musikal mahupun seni pentas yang semakin mendapat tempat dihati masyarakat Malaysia kini. 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...