Kami berada dibawah naugan KL Krash Pad yang juga berada dibawah seliaan Yayasan Chow Kit. KL Krash Pad ialah sebuah 'drop in centre' untuk remaja-remaja disekitar Chow Kit serta ibukota Kuala Lumpur.
Menerusi SEJUTA IMPIAN (terima kasih banyak-banyak!!) kami akan tampil dengan sebuah Teater Musikal bertajuk L.O.R.O.N.G The Musical yang diterajui 100 peratus oleh REMAJA KL KRASH PAD yang bakal menerima tunjuk ajar daripada KREW PROFESIONAL! Teater Musikal ini bakal menemui anda pertengahan 2012. NANTIKANNYA!!
Teater Musikal L.O.R.O.N.G akan menggunakan sepenuhnya idea kreatif anak-anak yang tinggal di Chow Kit yang sememangnya berbakat dalam arena seni. Pihak KLKP akan memilih remaja yang bakal menerajui krew produksi ‘junior’ dan krew ini akan dibimbing oleh krew produksi professional yang dipilih oleh pihak KLKP kelak.
Krew Professional akan melatih sendiri remaja-remaja yang dipilih untuk krew produksi ‘junior’ daripada asas perjalanan teater musikal hingga ke hari pementasan dan setiap idea yang dikemukakan oleh remaja akan diterima mahupun diolah oleh pihak professional.
Ini bermakna Teater Musikal L.O.R.O.N.G berkenaan akan dipentaskan dengan tenaga kerja dan idea kreatif remaja Chow Kit sendiri. Idea yang ditampilkan kelak mampu menghasilkan daya saing kreatif antara teater musikal yang lain.
Tambahan pula, curahan ilmu yang disampaikan oleh pihak professional diharap boleh membuka mata mereka untuk menceburi bidang teater musikal mahupun seni pentas yang semakin mendapat tempat dihati masyarakat Malaysia kini.
No comments:
Post a Comment